Archive for November, 2006

Alinghi Mahu Rampas Juara Piala Monson

Posted on Tuesday, November 28th, 2006 by admin

Oleh IRMAN HASHIM
KUALA TERENGGANU 27 Nov. - Pasukan pelayar terkemuka dari Switzerland, Alinghi yang menyertai kejohanan pelayaran antarabangsa Piala Monsun di Pulau Duyong di sini, akan berusaha merampas gelaran juara daripada penyandangnya, Peter Gilmour.
Kapten pasukan tersebut, Peter Holmberg berkata, kedatangan mereka adalah untuk mencapai kemenangan walaupun ketika ini mereka berehat seketika daripada menjalani program kejohanan [...]

Posted in Rossa by admin | No Comments »

Esplanade Celebrates Malay Arts By Staging Malaysian Musical

Posted on Saturday, November 25th, 2006 by admin

SINGAPORE: Puteri Gunung Ledang, a critically acclaimed Malaysian musical, fusing Asian and western influences, will be staged in Singapore at the Esplanade from November 24 to 26.
Puteri Gunung Ledang, or the Legend of the Princess of Mount Ledang, is one of the grandest Asian musicals ever to be staged.
Produced at a cost of close to [...]

Butik Pengantin Norhalim Buktikan Kreativiti OKU

Posted on Friday, November 24th, 2006 by admin

Oleh: RAHANA MD

HALIM tekun menjahit labuci yang menghiasi pakaian pelanggannya di butik Bridal Mate di Plaza Shah Alam, Selangor.
Sebagai butik perunding perkahwinan, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bridal Mate mungkin tidak ada bezanya dengan butik perkahwinan lain. Segalanya ada, daripada hiasan pelamin, gubahan hantaran, persalinan pengantin, hiasan bilik tidur hingga kepada bunga telur.
Namun, apa [...]

Kayangan Papar Kisah Cinta Kerabat Diraja?

Posted on Thursday, November 23rd, 2006 by admin

Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Menampilkan Teuku Zakry dan Nur Fazura, Raden Pictures Sdn. Bhd. yakin filem sulungnya Kayangan yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin mampu menarik khalayak menontonya kerana menampilkan dilema percintaan antara dua darjat.
Bakal ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan, Kayangan yang diterbitkan dengan kos RM1.4 juta ini turut menampilkan ramai pelakon terkenal dalam filem [...]

Sofia Jane Menanti ‘Hukuman Tali Gantung’

Posted on Tuesday, November 21st, 2006 by admin

Oleh WANDA IDRIS
SELEPAS 11 tahun tidak muncul dalam drama tempatan apalagi memegang peranan utama, kemunculannya dalam drama Sebuah Ijtihad tentunya sesuatu yang dinanti-nantikan penonton, khususnya peminat setia Sofia Jane.
Sebagai pengasas kosmetik berjaya yang akhirnya menjadi banduan bernama Nurhidayah@Ida, Sofia berkolaborasi dengan Sheila Rusly dan Mas Idayu yang masing-masing membawakan watak banduan wanita bernama Cat dan [...]

Kanak-Kanak Mudah Dibentuk Dengan Yoga

Posted on Thursday, November 16th, 2006 by admin

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
AMALAN yoga menjadi semakin popular di Malaysia sejak ia mula menjadi amalan beberapa selebriti tanah air seperti Camelia, Normala Samsudin, Umie Aida dan Hetty Sarlene. Yoga sebenarnya berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud penyatuan bersama untuk menyatukan badan dan minda.
Mengikut fakta sejarah, yoga berasal dari India dan telah diperkenalkan sejak 3,000 tahun [...]

Cinta Filem Terbaik Tahun Ini?

Posted on Thursday, November 16th, 2006 by admin

Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

SENTUHAN pasangan suami isteri, Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa turut menjadi faktor kejayaan filem Cinta.
BANYAK faktor yang perlu diambil kira apabila ingin menerbitkan sesebuah filem demi memastikan filem yang diterbitkan itu mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan.
Jika filem tersebut hanya bersandarkan kepada nama-nama gah pelakon yang membintangi filem tersebut tetapi lakon [...]

Pelakon Gagal Dikesan, Kes Ditangguh Kali Keempat

Posted on Tuesday, November 14th, 2006 by admin

PUTRAJAYA 13 Nov. - Pendakwa raya yang gagal mengesan pelakon drama, Norliana Sulaiman memohon penangguhan kali keempat kepada Mahkamah Rayuan hari ini untuk rayuan terhadap pembebasan Norliana daripada tuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi kes perantara pelacuran, Haslinda Merican, lapan tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman memohon penangguhan itu setelah memaklumkan bahawa polis masih [...]

Rumah Terbuka Tiara Diadakan Tiga Hari, Tiga Malam

Posted on Friday, November 10th, 2006 by admin

Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN
Bermacam cara dan gaya untuk menganjurkan rumah terbuka sempena Syawal. Bagi Datin Seri Tiara Jacquelina yang sinonim dengan nama Puteri Gunung Ledang, rumah terbukanya diadakan selama tiga hari, tiga malam.
Bermula dari 4 November lalu, kediaman Tiara di Shah Alam, Selangor dikunjungi bukan sahaja kaum keluarga dan sanak saudara tetapi juga sahabat [...]

Deddy M. Borhan Dipilih Tokoh Perfileman FINAS 2006?

Posted on Thursday, November 9th, 2006 by admin

Oleh: ABD. AZIZ ITAR
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ditubuhkan pada 1981 dengan tujuan untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan berkaitan perfileman di negara ini.
Selain itu, badan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) itu juga tidak lupa memberi penghargaan menerusi Anugerah Perfileman FINAS kepada individu-individu yang telah banyak memberi sumbangan [...]

Meta

Recent Posts

Recent Comments

Categories

Archives