Archive for July, 2007

Tunku Mimi Kena Uji Bakat

Posted on Monday, July 30th, 2007 by admin

Bercerita tentang penglibatan Tunku Mimi Wahida sebagai penyanyi dalam album Kayangan The Soundtrack, kata Ajai, “Tunku Mimi walaupun pertama kali menjalani rakaman album tapi saya tidak ada masalah dengannya biarpun dari segi pitching. Cuma Tunku Mimi kurang penghayatan.
“Saya bukan sembarangan ambil Tunku Mimi menjalani rakaman. Saya buat uji bakat dulu dan suaranya sesuai dengan saya [...]

Anugerah Usahawan Peniagawati

Posted on Monday, July 30th, 2007 by admin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

(DARI kiri) Wakil dari Royal Selangor, Datin Paduka Chen Mun Kuen, Shiela Majid, Azlin Shaharbi dan Hazimah Zainuddin memegang trofi rekaan Royal Selangor sempena Majlis Anugerah Usahawan Wanita 1957-2007 anjuran Peniagawati.
SEMPENA sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia, Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati), bakal menganjurkan Majlis Anugerah Usahawan [...]

Percubaan Berani Cherry

Posted on Sunday, July 29th, 2007 by admin

Dua bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) iaitu Edlin dan Zarina senyap begitu sahaja selepas keluar daripada program itu. Walaupun mempunyai bakat yang mendalam tetapi rezeki tidak menyebelahi mereka.
Semua kerana persaingan yang begitu sengit di dalam industri hiburan selain ruang yang agak terbatas untuk mereka merakamkan album melalui syarikat rakaman.
Apatah lagi lambakan artis di bawah [...]

Protes Remaja Dalam Album Runut Bunyi Haru Biru

Posted on Friday, July 27th, 2007 by admin

Oleh ABD. AZIZ ITAR

ROSLAN Aziz (kanan) bersama (dari kiri) Shadan Hashim, Raja Azmi dan Adlin Aman Ramlie (penerbit Haru Biru) selepas pelancaran album runut bunyi filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SELAKU penerbit album, Roslan Aziz bijak menyelami konsep lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem Haru Biru.
Roslan telah mencipta lagu-lagu [...]

Jee Tiada Masalah Jaga Dua Anak

Posted on Friday, July 27th, 2007 by admin

KUALA LUMPUR 26 Julai - Penyanyi popular Fauziah Latiff, 36, hari ini mengaku beliau tidak menghadapi masalah dalam hak penjagaan anak- anak berikutan perceraiannya dengan suami, Johan Indot, 43.
Beliau berkata, kedua-dua anaknya, Jeffri Joaquim Indot, 8, dan Jeremy Jay Indot, 6, kini berada dalam jagaan bersama.
Bagaimanapun Fauziah atau lebih dikenali sebagai Jee enggan mengulas lebih [...]

Gambaran Konsep Islam Hadhari

Posted on Friday, July 27th, 2007 by admin

Oleh Samsudin Awang
rencana@hmetro.com.my
PERKAMPUNGAN Hadhari yang diadakan buat pertama kalinya di Pahang baru-baru ini, berjaya memberi gambaran kepada masyarakat konsep Islam Hadhari.
Program tiga hari di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur itu dihadiri lebih 200,000 pengunjung.
Ia dianjurkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan kerjasama TV9, TV3 dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
[...]

Ikin Gadis Di Hati Mawi?

Posted on Thursday, July 26th, 2007 by admin

Oleh Nor Fadzilah Baharudin
“Lebih baik tanya dia sendiri siapa gadis yang dia kata sedang dikenali hati budinya itu. Saya ini perempuan kalau cakap karang, ada pula yang tak kena dan tak manis. Tapi saya mengakulah berkawan rapat dengannya.”
Begitu kata Ikin atau nama sebenarnya Nora’asihkin Rahmat ketika ditanya siapakah gadis yang sedang dikenali hati budinya oleh [...]

Piala Monsun Tentukan Juara Dunia

Posted on Wednesday, July 25th, 2007 by admin

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menyaksikan pemasyhuran Juara Dunia bagi Jelajah Perlumbaan Pelayaran Dunia apabila Piala Monsun yang diadakan di Pulau Duyong, Terengganu mulai 28 November hingga 2 Disember ini dijadikan acara akhir musim 2006-2007.
Peter Gilmour, Pengarah Perlumbaan Piala Monsun dan Jelajah Perlumbaan Pelayaran Dunia 2005 berkata, perlumbaan di Terengganu merupakan acara akhir yang [...]

Posted in Rossa by admin | No Comments »

Bengkel I-Sihat Di Ampang Puteri

Posted on Tuesday, July 24th, 2007 by admin

MAJALAH i-Sihat produk terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad akan mengadakan Bengkel Sihat Sepanjang Hayat secara jelajah bermula pada 28 Julai hingga Disember 2007 bertempat di sembilan lokasi terpilih.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi kesedaran dan informasi berkaitan kesihatan dan kecantikan kepada orang [...]

Irwansyah Cuma Tempelan?

Posted on Tuesday, July 24th, 2007 by admin

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
Sebagaimana mutu vokalnya yang sederhana, begitulah juga dengan lakonan Irwansyah (Irwan) dalam filem Love Is Cinta yang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.
Alasan yang diberikan Irwan mudah sahaja iaitu wataknya kecil. “Lagi pun peranan saya dalam filem itu tidak terlalu sukar.
“Barangkali watak Ryan sesuai untuk saya manakala watak Donni untuk Raffi,” [...]

Meta

Recent Posts

Recent Comments

Categories

Archives