PutraWorks.Com
Jauh Di Mata, Dekat Di Hati
Antara kehilangan, pertemuan dan pemergian anak tersayang. Itulah peristiwa yang diratapi dua bapa, Mohd Nashar Mat Hussain dan Jazimin Abd. Jalil. Wartawan, NOOR HASLIZA NUSI mengupas kedukaan mereka.
KETIKA seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Bapa dengan penuh keriangan dan keterujaan pada 15 Jun lalu, ada segelintir golongan bapa yang meraikannya dalam suasana sederhana.
Bagi bapa yang tidak pernah mengalami kehilangan anak, sambutan Hari Bapa cukup diungkap dengan sebaris ucapan penghargaan atau menerima hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada anak-anak tersayang.
Kemeriahan itu hakikatnya menjadi hasrat dua bapa, Mohd Nashar Mat Hussain dan Jazimin Abd. Jalil untuk meraikannya bersama kesemua anak-anak? Namun, itu adalah sesuatu yang mustahil buat mereka.
Ini kerana Jazimin telahpun menerima takdirnya iaitu kematian anak comelnya, Nurin yang dibunuh kejam oleh individu yang tidak berhati perut.
Mohd Nashar pula masih berikhtiar mencari Sharlinie yang hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini.
Kosmo! mengupas kembali karakter si anak kecil itu ketika kali terakhir berada di sisi bapa-bapa mereka.
Ditatang bagai minyak yang penuh dan dibelai dengan penuh kasih, tiba-tiba anak kecil ini hilang dari dakapan sang ayah, tanpa khabar berita.
Hati insan mana yang tidak terkilan kehilangan anak yang sekian lama membesar di hadapan mata sendiri. Tangisan kecil, gelak tawa dan gembira si anak, sentiasa dijadikan pengubat rindu saat terkenang kembali waktu bersama.
Penantian suatu penyeksaan…Kehilangan Sharlinie Mohd Nashar hanya tinggal lima hari lagi untuk genap setengah tahun. Apa yang peritnya ialah tiada khabar berita tentang penemuannya.
Dalam kesedihan itu, Mohd Nashar tetap mengumpul semangat tatkala diajukan soalan tentang Sharlinie.
UNTUK melepaskan rindu, baju-t kepunyaan Sharlinie ditatap pada setiap hari.
Bercerita mengenai pertama kali memberikan nama Sharlinie membuatkan Mohd Nashar ketawa kecil saat terkenang semula detik indah bergelar bapa kepada dua cahaya mata ketika itu.
“Masih terngiang lagi di ingatan saya sewaktu Sharlinie dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur, pada 30 Januari 2003, pukul 7.58 malam. Ketika itu, ibunya dimasukkan ke hospital sehari lebih awal memandangkan dia sudah terasa sakit untuk melahirkan.
“Masih terngiang-ngiang di fikiran saya sewaktu Sharlinie dilahirkan. Bayi sudah keluar dari rahim tetapi selaput uri tertinggal di dalam menyebabkan ibunya terpaksa ditahan di wad sehari lagi.
“Sehingga hari kedua kelahirannya, Sharlinie tidak sempat diberi susu badan kerana ibunya ditahan di wad,” ujar Mohd Nashar sambil bola matanya menjeling ke arah isterinya yang duduk di sebelahnya.
“Tentang pemilihan nama Sharlinie, ia tidak pernah terlintas di fikiran kami sepanjang tempoh kehamilan. Sewaktu hendak mendaftar surat beranak, barulah nama Sharlinie tiba-tiba terlintas di fikiran,” katanya lagi.
Mempunyai berat 13 kilogram sebelum kehilangannya, Mohd Nashar berkata, Sharlinie gemar makanan berkuah atau bersup dan mi segera.
“Dia suka mi segera Maggi dan bihun sup. Sehingga kini, saya sentiasa terkenang saat Sharlinie menikmati hidangan yang digemarinya itu.
“Lebih terasa syahdu apabila melihat telefon bimbit mainan yang dijual di kedai runcit. Ini kerana dia asyik menyuruh saya membelinya setiap kali pergi ke kedai,” kenangnya pilu.
Katanya, Sharlinie seolah-oleh memahami kesempitan kewangan mereka sekeluarga. Melihat raut wajahnya dengan percakapan yang sesekali tersekat-sekat, Mohd Nashar begitu merindui anaknya dan berharap anaknya itu ditemui dalam masa terdekat ini.
APA yang  membantu mententeramkan jiwanya ialah menatap risalah kehilangan Sharlinie dan barangan miliknya.
Apatah lagi mengenangkan saat mereka bersama suatu ketika dahulu. Panggilan ‘abah’ dan ‘ma’ oleh Sharlinie sentiasa bermain di telinga mereka sehingga hari ini.
“Paling tidak dapat dilupakan apabila dia selalu menyanyi sambil berdiri di atas kerusi bersaiz kecil dan menjadikan tombol pintu rumah sebagai mikrofon.
“Lagu Aku Bukan Pencinta Wanita, nyanyian Irwansyah adalah lagu kegemarannya dan bait-bait lirik lagu itu sentiasa dilagukannya dengan lancar.
“Bayangkan, kanak-kanak seusia itu sudah pandai menyanyi dengan tutur kata yang lancar tanpa ada sesiapa yang mengajarnya. Apabila asyik sangat menyanyi, ibunya akan menegur Sharlinie supaya membaca buku. Dia tidak pernah ingkar setiap nasihat atau teguran yang dilemparkan,” tambah Mohd Nashar.
Mengulas bakat lain Sharlinie, katanya, ketika berusia tiga tahun, dia sudah pandai menunjuk bakat dalam seni lukisan dan penulisan.
Sharlinie selalu menyuruh bapa dan ibunya membeli buku nota kecil atau buku 555. Dia akan melukis mengikut kreativiti dan pemahaman seorang kanak-kanak di helaian buku tersebut.
Bagaimana pula dengan sikap anaknya itu. Mohd Nashar berkata: “Sharlinie begitu payah untuk makan ubat kecuali saya yang memberikan kepadanya.”
Tambahnya: “Sharlinie seorang kanak-kanak yang tidak boleh ditegur atau dimarahi. Apabila dimarahi, mulalah dia tidak mahu melakukan segala kerja yang disuruh.
“Sikapnya yang pandai merajuk dan tidak boleh diusik oleh kakaknya, membuatkan dirinya selalu ditegur,” jelas Mohd Nashar.
Sebelum kehilangan Sharlinie, seluruh rakyat Malaysia terlebih dahulu berkongsi kesedihan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak malang yang hilang selama lebih sebulan dan akhirnya ditemui kaku dalam keadaan menyayat hati.
Sememangnya, bukan itu bentuk pertemuan yang diharapkan oleh pasangan Jazimin dan Nurazian. Apa yang diharapkan tentunya Nurin atau Kak Ngah kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sempurna.
Pemergian Nurin yang comel begitu menusuk perasaan dan akan dikenang untuk tempoh yang lama. Nurin pergi ke pasar malam setiap Isnin di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan baginya pada setiap minggu. Pasar malam itu terletak kira-kira 200 meter dari rumah pangsa dua bilik yang mereka sekeluarga diami.
“Kak Ngah seorang anak yang ringan tulang, senang dikejutkan dari tidur, tidak pernah ingkar arahan ibu bapa dan mudah menurut segala perintah berbanding adik-beradiknya yang lain.” Begitulah kata-kata bapanya, di awal pertemuan.
KENANGAN dahulu tidak boleh disamakan dengan hari ini.
Sikapnya yang suka membantu membuatkan dirinya selalu mendapat ‘tugasan’ menukar lampin pakai buang adiknya.
“Di sekolah, dia diberi gelaran Paloma oleh rakan-rakan sekelasnya. Ini kerana dia gemar mengubah gaya rambut setiap kali ke sekolah, mendandan lipan, antara perkara yang selalu dilakukannya sebelum ke sekolah.
“Perkara lain yang selalu dilakukannya ialah ‘bermain’ dengan rambutnya. Setiap minit dan saat, dia sentiasa bermain-main atau membelai rambutnya yang bergulung di bawah,” kata Jazimin.
Hati bapa mana yang tidak terasa pedih mengenangkan pemergian anak dalam sekelip mata, apatah lagi apabila dia ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.
Sikapnya yang suka mempelbagai cara pemakaian tudung tanpa ada sesiapa yang mengajarnya menjadikan dia seorang kanak-kanak comel dan cerdik.
“Gemar berposing di hadapan kamera adalah karakter Nurin yang paling dikagumi. Masih terkenang diingatan saya, arwah selalu datang memeluk saya sewaktu sedang tidur. Perbuatan ini membuatkan saya teringat dan sedih apabila mengenangkan semula kenangan itu,” luahnya.
Bercerita mengenai penyakit arwah, kata Jazimin, sewaktu usia Nurin mencecah tiga tahun, anaknya disyaki menghidap penyakit buah pinggang dan lelah.
“Pada mulanya, saya dapati seluruh anggota badannya membengkak dan arwah selalu melihat cermin menatap perubahan wajahnya.
“Kami ingat, dia alergi pada makanan dan membawanya ke hospital. Di hospital, doktor memberitahu yang dia menghidap penyakit buah pinggang yang tidak ketara dan akan sembuh apabila meningkat dewasa,” tambah Jazimin yang pernah tidur di hospital sebanyak dua kali untuk menemani Nurin yang ditahan di wad.
HANYA gambar yang mampu mengubat rindu si bapa.
Kata Jazimin, kehidupan mereka sekeluarga kini tidak seceria dahulu. Dirinya dan isteri sentiasa mengingati saat bahagia ketika bersama Nurin.
“Kami reda dengan pemergiannya dan sehingga hari ini, kami kerap kali menziarahi pusara arwah setiap dua minggu sekali bersama adik-beradiknya yang lain,” kata Jazimin dengan tenang.
Cinta Dari Konti Radio
GAMBAR (kiri) kenangan daripada Majalah URTV yang mengabadikan detik persandingan Herman dan Noraini. Walaupun ini perkahwinan kedua mereka tetapi kali pertama mereka mengecapi debaran bergelar ratu sehari.
‘KAMI masih berjodoh’, begitulah hela penyanyi dangdut yang pernah popular sekitar tahun 80-an, Herman Tino ini saat ditemui di kediamannya di Jalan Duta, baru-baru ini.
“Cukuplah dengan ungkapan itu, kerana itu sudah cukup untuk menggambarkan apa yang sedang kami lalui ketika ini, kami tidak mahu berlagak sombong dengan ikatan yang masih dipertahankan.
“Esok-lusa siapa tahu, kami hanyalah berharap, berdoa dan hidup sehari-hari selagi belum mati,” jelas Herman Tino mudah, saat diminta mendefinisikan ruang hidup berkelamin yang dimilikinya sejak hampir 24 tahun yang lalu.
Sebelum diajak bercerita lebih jauh, sekali lagi Herman menekankan, dia dan isterinya, Noraini Ibnu, dulunya seorang juruhebah dan pembaca berita radio yang popular, masih lagi sepasang suami-isteri.
PASANGAN juruhebah radio dan penyanyi dangdut yang popular dengan kain pelikat ini masih utuh.
“Sudah lama tak muncul atau tak pernah menjadi bahan cerita di surat khabar, sebab itulah ada yang was-was tentang status hubungan kami. Ada yang tanya, kami ni masih suami-isteri atau tidak, tapi saya faham dan orang-orang di sekeliling saya juga faham dengan hidup kami,” katanya sambil mengelus kecil.
Dalam bahasa selambanya, Herman Tino kelihatan seperti seorang lelaki yang cukup pengalaman hidup. Putaran hidup yang dilalui hampir lengkap, zaman kanak-kanak dan remaja yang naif serta nakal, zaman emas saat bergelar penyanyi popular, dan kini dia tenang meneruskan hidup yang belum hilang kemanisan harinya bersama isteri.
Herman juga sudah terlalu ‘kenyang’ untuk dipancing merungkaikan sesuatu yang ingin dijadikan privasi.
“Yang boleh saya katakan, saya seronok dengan keluarga yang saya ada. Kalau tanpa dia, hidup saya akan sepi. Hidup bersama memang begini, kalau ada yang terkoyak, kita tampal, jangan sampai ada bocor sudah,” ucapnya sambil melirik ke arah Noraini.
SAAT santai anak-beranak. Selain enjoy menonton siri dan program TV kegemaran, mereka juga gemar membaca apa sahaja berhubung perkembangan seni.
Benarlah, jodoh dan pertemuan setiap insan tidak boleh dijangka. Setiap pasangan yang berkahwin mahu mengabadikan perkahwinan mereka sebagai yang pertama dan terakhir tetapi haruslah diingat, perceraian juga bukanlah sesuatu yang mustahil.
Perceraian pula bukanlah penamat untuk mencari jalan bahagia. Buktinya, Herman dan Noraini, masing-masing menemui cinta baru setelah kegagalan dalam pernikahan yang pertama.
Mereka pernah menduda dan menjanda, dan ketika hati sedang rawan, masing-masing hadir sebagai penawar jiwa. Wisma Radio RTM yang masih tersergam di atas bukit Angkasapuri ketika ini, adalah saksi bisu yang menjadi monumen paling bersejarah dalam kamus ikatan Herman dan Noraini.
Di mana lagi lokasi paling strategik untuk seorang penyanyi dan juruhebah radio bertentang mana kalau bukan di konti radio. Dan cinta antara juruhebah radio dengan penyanyi seperti yang berlaku di antara Noraini dan Herman Tino ini antara secebis kisah yang manis, mungkin yang pertama kali pernah berlaku dalam dunia seni tanah air.
PELENGKAP hidup Herman dan Noraini, (dari kiri) Syarinda (menantu), Mukhris (cucu), Herta dan Yusnor (anak).
“Saya memang minat dengan lagu-lagu Melayu Deli nyanyian abang Herman, jadi kerap jugalah putarkan lagu-lagu Herman setiap kali saya bertugas, masa tu saya kendalikan segmen pagi di Radio 1.
“Dan secara kebetulan, kami diperkenalkan seorang teman sewaktu Herman datang untuk sesi promosi albumnya. Selepas itu, kami mula rapat dan saling mengenali. Bercinta tak lama, kami serius tahun 1983 dan setahun kemudian, kami berkahwin,” cerita Noraini ringkas.
Memetik kisah cinta mereka yang tersiar menerusi majalah URTV edisi November 2004, Noraini pernah mengakui, dia sangat meminati lagu-lagu nyanyian Herman. Paling istimewa lagu yang berjudul Cinta Yang Tertahan-tahan.
Kebetulan, Herman juga sama, perkhabaran Noraini yang kerap memutarkan lagu-lagunya juga sampai ke telinganya. Dari ke hari, Herman memikirkan, bilakah masanya mereka dapat bersua-muka.
“Saya juga peminat Noraini, saya minat dan kagum dengan cara penyampaiannya membacakan berita di radio. Cukup jelas dan tidak jemu didengar. Kalau dia baca berita tak bagus, saya pun tidak mahu jumpa dia.
“Sepanjang dah kahwin, rasanya saya ni penat asyik kena hantar dan ambil dia yang sering dipanggil bertugas sebagai pengacara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, jadi pengacara Hari Pertabalan Agonglah. Kiranya kamu ini hebat jugalah,” ujar Herman buat isteri secara berseloroh.
Sambungnya ceria: “Dulu saya fikir, bila kahwin dengan juruhebah radio, saya bakal beruntung kerana pasti lagu-lagu saya akan lebih kerap dimainkan. Rupa-rupanya, rugi. Dah kahwin, makin kurang lagu saya dimainkannya.”
PASANGAN ini pernah mengecap gemilang dalam karier masing-masing. Kini kisah lalu itu masih terakam indah dan mereka bangga kerana hasil kerja seni, mereka pernah menerima penghargaan dari pihak istana.
Dan bersenda tetapi realitinya ini bukan sekadar gurauan. Desas-desus bahawa Noraini ‘pilih bulu’ dan asyik memutarkan lagu suami sendiri bertebaran sehinggakan pernah satu ketika Noraini sendiri berada dalam dilema memikirkan tanggapan pihak luar.
“Saya anggap itu cabaran. Nasib baik kawan-kawan dan orang sekeliling faham keadaan yang sebenar. Saya tetap mainkan juga lagu dia, sebab lagunya antara yang popular ketika itu,” ujar Noraini membingkiskan rasa.
Tetap Menanti Kehadiran Saliha
Oleh HARYATI KARIM
MAWI yakin dan masih menanti agar Aduh Saliha menjadi kenyataan walaupun setelah sekian lama menunggu penggambarannya disambung semula.
Cerita selebriti terkenal, Mawi yang bakal bergelar bintang filem bukan satu cerita baru. Namun, langkah pertamanya untuk bergelar anak wayang nampaknya di penuhi dengan pelbagai halangan.
Filem Aduh Saliha yang sepatutnya berjalan sejak tahun lalu, nampaknya belum ada tanda akan menemui peminat di panggung wayang. Dan lebih mengharukan filem bernilai RM1.6 juta itu tergendala atau dalam erti kata lain masih berada di separuh jalan.
Bertanyakan hal ini kepada pelakon utamanya Mawi yang memegang watak sebagai Man Hero dalam filem arahan M.Nasir itu, Mawi mengakui dia masih punya hati untuk meneruskan filem ini.
“Saya sudah tengok 30 peratus filem ini yang telah siap disunting dan ditambah dengan teknik CGI. Memang nampak cantik. Rugi sangat saya rasa kalau tidak diteruskan.
“Memang saya sayangkan filem Aduh Saliha. Kalau pihak produksi mahu sambung penggambaran, saya okey saja. Apa yang saya dengar mereka mahu sambung dalam bulan November depan,” ulasnya lagi.
GANDINGAN Mawi dan Puteri Sarah dalam filem Aduh Saliha belum menjadi kenyataan walaupun sudah diwar-warkan semenjak lebih dua tahun lalu.
Tambah Mawi, walaupun sedar terdapat masalah dalam produksi tersebut, dia secara peribadi masih ingin lihat filem itu di siapkan kerana kekuatan yang ada pada jalan cerita filem tersebut.
Tidak mahu perkara yang sama berulang kembali, Mawi menegaskan yang dia kini lebih teliti dalam memilih tawaran lakonan yang datang padanya.
Terbaru, dia bergandingan dengan Fara Fauzana untuk filem yang berjudul Jin Notty. Filem terbaru itu diterbitkan oleh KRU dengan kerjasama Line Clear.
Jin Notty telah pun memulakan penggambarannya dan ia merupakan sebuah filem yang mempunyai jalan cerita berkaitan dengan dunia makhluk halus iaitu jin.
“Saya terima tawaran ini sebab kita semua pun sudah tahu macam mana hasil kerja KRU. Jalan cerita pun menarik, dan saya yakin dengan produksi mereka,” katanya tentang filem bergenre fantasi komedi ini lagi.
Bercerita dengan lebih lanjut tentang filem terbarunya ini, Mawi mengatakan dia hanya menjalani penggambaran di lokasi selama lapan hari saja kerana bukan memegang watak utama.
“Farah sebagai pelakon utama, saya pula duduk di bawahnya, kira pelakon nombor dualah. Itu saja yang boleh saya beritahu yang lain kena tunggulah (ketawa),” tuturnya masih berahsia.
BERSAMA rakan artis AC Mizal dan Sheila Majid dalam majlis meraikan kejayaan persembahan Minggu Setiausaha PNB Darby Park baru-baru ini.
Dalam filem Jin Notty ini, Mawi akan memegang watak lelaki kampung bernama Ajis. Menurutnya lagi, filem ini punyai mesej yang kuat untuk ditonjolkan justeru dia teruja untuk melakonkan watak berkenaan.
“Memang ada babak-babak romantik antara saya dan Farah. Tetapi mana boleh beritahu sekarang, tunggulah tengok macam mana,” katanya lagi cuba bergurau.
Jelajah tanah Arab
Saat temuramah ini dijalankan, Mawi baru saja pulang dari Jordan. Pemergiannya ke sana bukanlah untuk makan angin sebaliknya demi menjayakan program Mawi Bumi Ambia.
Program yang bakal ke udara pada bulan Ramadhan ini, membawa Mawi ke pelosok tanah Arab untuk melihat sejarah Islam di sana.
“Saya telah berada di Jordan selama seminggu, dan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana. Sebelum ke Jordan saya telah pun melawat Syiria dan Turki. Walaupun penat bekerja tetapi saya bertuah kerana dapat melihat sendiri sejarah Islam.
“Bukan itu saja. Saya juga dapat melawat makam orang ambia dan nabi - nabi seperti nabi Salleh, Daniel dan Hud,” ujarnya lagi.
Selain itu, menurut duta Silky Men dan ais krim Walls ini lagi, dia amat terpegun ketika berada di salah satu piramid dan pengalaman itu tidak mungkin di lupakannya.
“Pada saya tempat yang paling menakjubkan ialah ketika melawat piramid kerana walaupun besar, tetapi hendak masuk ke dalam kami semua kena merangkak dan kecilkan badan kami (ketawa).
“Kami hanya di benarkan lawat makam orang yang bina piramid itu sahaja, yang lain tidak dibenarkan. Memang pengudaraan dalam piramid itu sukar sedikit ditambah dengan suhu yang panas, saya rasa macam hendak demam bila keluar dari piramid itu,” ceritanya lagi.
Azan di Masjid Sultan Hassan
Mengenangkan perkara menarik di sana, Mawi memberitahu pengalaman dibenarkan melaungkan azan untuk solat Zohor di Masjid Sultan Hassan antara yang tersemat di hatinya.
Tanpa menggunakan sebarang sistem audio, binaan masjid itu membenarkan laungkan azannya bergema di segenap ruang masjid dan luar perkarangan masjid berkenaan.
“Memang unik, sebab suara saya keluar macam pakai mikrofon pula, sebenarnya saya tidak gunakan apa-apa pun. Kita mintalah kebenaran imam masjid untuk azan kerana ia khas untuk program ini.
“Apa yang saya lihat suasananya memang lain di sana kerana bila tiba masuk waktu solat saja, orang akan penuh di masjid untuk setiap waktu solat, penuhnya macam setiap kali sembahyang Jumaat di Malaysia. Menariknya di masjid itu ada empat bahagian tempat sembahyang untuk untuk empat mazhab,” ujarnya.
Kata Mawi lagi, wujud keinsafan di hati sanubarinya tatkala melawat makam-makan serta tempat bersejarah di sana.
“Mesir satu nama yang besar tetapi, saya lihat banyak orang susah di sana. Bayangkan ke mana saja saya pergi, pasti ada orang susah meminta derma, jadi bayangkan hidup mereka macam mana. Sebab itu bersyukurlah jadi rakyat Malaysia” tuturnya akhiri bicara.
Iffah Izzati, Mohamad Faizal Juara Bintang Klasik Zon Selatan
IFFAH IZZATI  Baharudin dan Mohamad Faizal Abdul Rahim bersama hadiah masing-masing selepas menjuarai Pertandingan Bintang Klasik Zon Selatan di Johor Bahru, kelmarin.
JOHOR BAHRU 3 Julai - Pelajar Sekolah Menegah Teknik Melaka Tengah, Iffah Izzati Baharudin, 16, muncul juara Bintang Klasik Zon Selatan kategori wanita yang dianjurkan stesen radio Klasik Nasional.
Dengan kemenangan itu, Iffah dan pemenang kategori lelaki, Mohamad Faizal Abdul Rahim, 23, dari Johor Bahru akan mewakili Zon Selatan ke peringkat akhir pertandingan Bintang Klasik tidak lama lagi.
Iffah, adik Ayu iaitu peserta program realiti televisyen Mentor musim kedua, menyanyikan lagu Hidup Ibarat Mimpi berjaya menyingkirkan enam peserta lain dalam pertandingan yang diadakan di Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, di sini, baru-baru ini.
Iffah ketika ditemui, mengakui sokongan keluarga merupakan pendorong utama kejayaannya.
“Seluruh keluarga banyak membantu terutamanya kakak (Ayu Mentor) yang banyak mengajar serta memberi tips.
“Saya hanya berlatih seminggu sebelum pertandingan ini,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Habsah Ali, 47 berkata, Iffah bijak membahagi masa antara pelajaran dan nyanyian.
“Setakat ini pelajaran Iffah bagus dan memberansangkan. Sebenarnya saya terkejut dengan kemenangannya kerana di rumah kami dia tidak gemar menyanyi karaoke,” katanya.
Pertandingan akhir Bintang Klasik Zon Selatan disertai masing-masing enam peserta lelaki dan wanita dari Johor dan Melaka.
Penyertaan yang diterima tahun ini meningkat kepada 70 peserta berbanding 36 pada tahun lalu.
Turut hadir pada acara itu ialah Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid dan dua artis veteran Hail Amir dan Rahayudean Rahmat.
Gita Idam Konsert Solo
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my
TUTUR dan percakapan si cilik ini sentiasa lembut mencerminkan keperibadian yang menawan. Mungkin ramai yang enggan percaya usia si comel ini baru sahaja mencecah 15 tahun.
Sungguh matang berbicara mungkin itu aset bernilai yang dimiliki oleh Gita Gutawa. Malah setiap soalan yang ditanya akan dijawab dengan penuh berkeyakinan persis remaja yang berusia melebihi usianya.
Nyata permata hati tokoh seni tersohor Indonesia, Erwin Gutawa dan Lulu Gutawa ini bukanlah sama seperti remaja seusianya. Berkeyakinan dengan hala tuju yang dicipta olehnya iaitu mahu berjaya dalam bidang seni Gita yakin langkahnya tidak akan terhenti di situ.
Jika remaja seusianya sedang rancak mengikut kata hati masing-masing namun bagi remaja berbintang Leo ini misi untuk berjaya dalam bidang seni adalah lebih utama.
“Saya mahu mengembangkan bakat seni ini ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun saya masih muda namun itu bukanlah alasan untuk saya berdiam diri. Saya sendiri kena memastikan apa yang saya lakukan ini berjaya agar kedua ibu bapa saya berbangga dengannya,” katanya ketika ditemui Hits baru-baru ini.
Meskipun bayangan ayahnya sentiasa ada namun pemilik nama sebenar Aluna Sagita Gutawa seboleh-bolehnya enggan bayangan itu terus-terusan menghantui kerjaya seninya.
“Saya tahu ayah tulang belakang kejayaan saya. Tapi kalau boleh saya mahu berjaya atas usaha saya sendiri,” jelas peminat muzik bergenre klasik ini.
Menyambung perbualan terang gadis ini, besar kemungkinan dia akan mengadakan konsert solo pada penghujung tahun ini.
“Ini baru perancangan tapi Insya-Allah saya akan merealisasikan impian itu. Saya yakin mampu untuk menghiburkan peminat saya. Besar kemungkinan saya akan menjemput beberapa lagi artis untuk memeriahkan lagi konsert tersebut,” katanya yang akan berlepas ke Mekah untuk mengerjakan Umrah bersama ahli keluarganya.
Menurut pelajar terbaik Sekolah Al-Izhar Pondok Labu, ini sekiranya konsert tersebut menjadi kenyataan pastinya konsert tersebut diadakan di negara kelahirannya.
“Saya rasa sebagai permulaan saya akan mengadakan konsert di tempat saya sahaja. Saya masih belum yakin untuk mengadakan konsert di tempat lain. Maklum sahajalah saya masih muda dan saya belum yakin untuk mengadakan konsert di negara orang,” jelas Gita yang kini dalam proses mengumpul material bagi album terbarunya.
Tidak ganggu pelajaran
Bukanlah mudah bagi seorang anak gadis muda untuk membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya seninya. Biarpun sukar untuk melaluinya, namun Gita bersyukur kerana ibunya banyak membantunya membahagikan masa.
“Memang sukar jika kita sendiri tak mahu cuba untuk memahaminya. Tapi syukur kedua ibu bapa saya dapat membantu saya untuk menyelesaikan segala-galanya,” kata Gita yang sering menerima kiriman bunga dan kad daripada pemuja-pemujanya.
Buktinya gadis cilik tersebut berjaya mempertahankan gelaran pelajar terbaik untuk beberapa tahun. Bukannya mudah untuk melakukan perkara tersebut sementelah kesibukan sentiasa melingkari jadual hidupnya.
“Bila cuti sekolah baru saya akan turun padang untuk mengadakan persembahan di luar negara. Bagi saya apa jua yang kita lakukan perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik. Kita perlu ikhlas dan pastinya apa yang kita lakukan akan berjaya,” sambung Gita sebelum pertemuan berakhir.
Misi Terbesar Karyawan
Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my
M. NASIR (tiga dari kiri) merupakan antara muka baru yang diserapkan sebagai Ahli Jawatankuasa Karyawan yang baru. Gambar ABY BAIZURA HARUN
TIDAK dinafikan, majoriti penyanyi serta pemuzik yang mengadakan persembahan di hotel-hotel dan kelab-kelab malam di negara ini merupakan warga asing, terutamanya dari Filipina.
Dominasi yang bermula sejak awal tahun 1970-an itu sedikit sebanyak telah menganggu periuk nasi para penyanyi dan pemuzik tempatan di mana mereka juga tidak kurang hebat daripada segi bakat dan penampilan diri.
Malah, keadaan itu semakin mendukacitakan apabila pihak hotel dan kelab malam pula dikatakan lebih mengutamakan para penyanyi serta pemuzik dari luar negara menyebabkan ramai artis tanah air yang terasa terpinggir.
Menyedari fenomena yang kurang sihat itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) berazam untuk membela kepentingan dan bakat para penyanyi serta pemuzik tempatan supaya mereka juga mendapat peluang yang sama.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata, pembelaan terhadap para penyanyi serta pemuzik hotel dan kelab malam merupakan antara agenda penting persatuan itu dalam waktu terdekat ini.
Menurutnya, Karyawan akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) bagi mewujudkan kuota pengambilan penyanyi serta pemuzik tempatan di hotel-hotel dan kelab-kelab malam di negara ini pada masa depan.
“Kita (Karyawan) akan bekerjasama dengan KPKKW bagi mewujudkan suatu Program Akreditasi Artis yang akan disertai oleh artis-artis kita dalam masa kira-kira 10 hingga 15 hari.
“KPKKW dan Karyawan mungkin boleh mengeluarkan sijil khas kepada para peserta yang tamat menjalani kursus meliputi soal penampilan diri, komunikasi dan sebagainya.
“Mereka (penyanyi dan pemuzik) boleh menunjukkan sijil yang telah dikeluarkan itu sebelum mereka memohon untuk mengadakan persembahan di hotel atau kelab malam,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Karyawan kali yang kesembilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada Mesyuarat Agung itu, Freddie mengekalkan kerusi Presiden persatuan tersebut dengan menang tanpa bertanding untuk sesi 2008 hingga 2011.
Jelas Freddie, Karyawan dan KPKKW antara lain turut bersetuju supaya kuota pengambilan penyanyi dan pemuzik tempatan ditetapkan sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi adalah untuk artis-artis dari luar negara.
Katanya, perbincangan yang melibatkan soal penguatkuasaan dan undang-undang itu kini sedang dalam perbincangan akhir dan beliau berharap ia akan dapat direalisasikan dalam tempoh waktu terdekat ini.
“Kita harap pihak hotel dan kelab malam mematuhi peraturan yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi. Kalau mereka tidak mematuhi peraturan itu kelak tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan ke atas mereka,” ujarnya.
Ketika pertemuan itu, Freddie telah mengumumkan Radhi Khalid sebagai Timbalan Presiden Karyawan yang baru, Datuk Paduka Julie Sudiro (Setiausaha Agung) dan Mazin Siraj (Bendahari).
Pada masa sama, beliau turut memperkenalkan 10 Ahli Jawatankuasa baru yang mewakili biro-biro Karyawan yang dilantik berdasarkan pemilihan daripada hampir 100 ahlinya yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Empat daripadanya merupakan biro yang baru ditubuhkan di mana Dayang Nurfaizah mewakili Biro Artis Muda, M. Nasir (Biro Komposer), Yantzen (Biro Sukan) dan Khairil Khamis (Biro Pelakon).
Sementara Datuk Sarimah Ahmad mewakili Biro Veteran, Salwa Abdul Rahman (Biro Penyanyi), Raihan Sulaiman Palestine (Biro Kebudayaan), Satiman (Biro Pemuzik Kelab), Nooramin (Biro Deejay) dan Nazrey (Biro Nasyid).
Jelas Freddie, Biro Nasyid ditubuhkan sesuai dengan peranannya yang lebih luas terutamanya membabitkan soal-soal keagamaan dan bukan sekadar hiburan semata-mata.
“Kita bukannya tidak mahu tubuhkan biro muzik-muzik lain tetapi muzik nasyid ini lain sedikit daripada segi objektifnya kerana ia membawa mesej-mesej tertentu.
“Sebagai contohnya, Nazrey bukan setakat mengendalikan artis-artis nasyid tetapi beliau juga akan menguruskan hal-hal yang berkaitan keagamaan di mana ia telahpun ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu. Mungkin muzik-muzik lain boleh digabungkan dalam satu biro yang lain,” katanya.
Sebagai sebuah persatuan yang telus, Freddie menjelaskan tabung Karyawan kini berjumlah RM176,000 di mana pelbagai usaha akan dilakukan pada masa depan bagi menambah dana persatuan tersebut.
Tambahnya lagi, dana itu akan terus digunakan bagi membantu artis-artis yang kurang bernasib baik termasuklah pemberian pencen bulanan berjumlah RM500 setiap seorang kepada lebih 10 artis veteran sejak beberapa tahun lalu.
“Selain itu, fokus kami ialah soal kebajikan dan ekonomi ahli-ahli persatuan ini. Misalnya, bagaimana untuk mencari peluang kerja untuk mereka terutamanya artis-artis veteran.
“Dalam hal ini, Karyawan sentiasa membantu artis-artis veteran contohnya, kalau dalam sebuah persembahan yang kami anjurkan tiga daripada sepuluh orang artis yang mengadakan persembahan merupakan artis veteran,” ujarnya lagi yang berjaya menambah 200 keahlian baru Karyawan baru-baru ini.
Nostalgia Empat Dekad Alleycats
IRAMA yang didendangkan penyanyi utama kumpulan Alleycats, David Arumugam di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini mencetus momen yang sungguh mendamaikan.
David yang membawa penonton mengembara bersamanya pada Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats menjadikan konsert itu bukan sekadar hiburan hujung minggu semata-mata.
Sebaliknya, kembara seni David pada malam penuh nostalgia itu merupakan manifestasi terhadap bukti kejayaan sebuah kumpulan yang diterajui oleh penyanyi bukan Melayu merentasi semua kaum di Malaysia.
Bukan sehari dua masa diambil oleh David bersama mendiang adiknya, Loga serta rakan-rakan pemuziknya yang lain untuk memasyhurkan lagu-lagu Melayu.
Sebaliknya, selepas lebih 40 tahun berkelana bermain muzik di kelab-kelab malam di banyak negara luar, merakamkan berpuluh-puluh album, mengadakan beribu-ribu persembahan, karya-karya Alleycats akhirnya diberi peluang menakluki pentas prestij di Malaysia, Istana Budaya.
“Selepas lebih 40 tahun menyanyi, ini pertama kali kami diundang menyanyi di Istana Budaya,” umum David sebaik memulakan persembahan dengan diiringi tepukan gemuruh peminat-peminat Alleycats.
Persembahan sempena Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats bagi mengutip dana Yayasan Paru-paru Malaysia menghimpunkan generasi peminat seni yang pernah membesar dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan itu.
Kecintaan yang menebal dalam diri David terhadap lagu-lagu yang memasyhurkan namanya terpancar pada wajahnya.
David barangkali tidak fasih menguasai bahasa Melayu namun penghayatan beliau terhadap mesej-mesej di sebalik lirik lagu Senandung Semalam, Senyumlah Kuala Lumpur, Seribu Bintang, Jika Kau Bercinta Lagi, Nota Terakhir, Andainya Aku Pergi Dulu dan banyak lagi pada persembahan berkenaan bagaikan membawa audiens melayang bersamanya.
Benarlah kata beberapa penonton yang ada pada malam itu, karya yang baik dan hebat akan sentiasa menjadi bahan rujukan.
Apa yang paling utama juga, ukuran kepada sebuah karya yang baik pula sentiasa dinilai berdasarkan sejauh mana ia mampu bertahan dalam sesuatu masyarakat.
Namun, ada sesuatu dalam diri David yang menyebabkan dia mudah untuk dikenang, dirindui dan disenangi.
Penyanyi terkenal Hattan yang dijemput sebagai penyanyi undangan pada Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats menganggap, kelebihan yang ada pada David ialah keikhlasan dia ketika menyanyi.
“Dia terlalu tulus dan sangat jujur ketika menyanyi,” ringkas Hattan menggambarkan kekagumannya pada seniman legenda itu.
Dan apa yang menyebabkan David cukup bertuah juga kata Hattan ialah, dia berpeluang merakamkan dan mempopularkan irama-irama indah yang sarat dengan nilai sentimental.
“Saya ‘cemburu’ dengan kejayaan mereka merentasi semua kaum pendengar dan peminat muzik di Malaysia.
“Pada saya, Alleycats adalah sebuah kumpulan legenda yang tiada duanya. Saya sangat menghormati mereka,” kata Hattan yang mengakui sangat berbesar hati dapat berganding bahu dengan David pada malam konsert istimewa itu.
Memetik rumusan Hattan berhubung ketulusan David ketika menyanyi, senario yang serupa tergambar pada penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang itu.
David menyanyi dan menyanyi. Sesekali, dia berbual dengan audiens. David ada kala dilihat seperti seorang penglipurlara. Celotehnya mengundang tawa penonton.
Namun, ketika melantunkan suara menyanyikan lagu-lagu penuh nostalgia Alleycats, David membawa bersama penonton melayari momen-momen manis yang pernah dicipta oleh Alleycats ketika zaman kegemilangan mereka.
Ya, Alleycats sudah membuktikan mereka masih menjadi idola kepada sekian banyak bakat-bakat muda untuk berjuang secara jujur dan ikhlas dalam bidang nyanyian.
Lagu-lagu Alleycats terus segar dan subur dalam diri setiap daripada kita.
Sayang sekali, pada malam pertama konsert berkenaan, terdapat kecacatan pada sistem bunyi.
Namun, kalau namanya kumpulan berpengalaman, segala kesulitan diatasi dengan kebijaksanaan mereka mengawal pentas.
Ketika berada secara solo di pentas, David tidak perlu risau untuk mendapatkan khidmat penyanyi latar kerana sebilangan besar audiens menyanyi bersama-samanya.
Persembahan David dan Alleycats turut diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Eddie Marzuki.
Selain sebuah konsert nostalgia, Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats juga didedikasikan kepada mendiang Loga yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Jun tahun lalu.
Konsert berkenaan turut menampilkan Hattan, Jaclyn Victor, Adibah Noor dan Liza Hanim pada malam yang berbeza-beza. - SAHARUDIN MUSTHAFA
Maya Umum Hari Ini
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Desas-desus pelakon popular, Maya Karin Roelcke, 28, atau Maya, akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki dari Eropah dikenali dengan nama Steve, bakal terjawab hari ini.
Maya dijangka membuat pengumuman penting, terutama berkaitan lelaki pilihan dan tarikh perkahwinannya pada majlis pelancaran laman webnya di pejabat Satu Music Entertainment di Petaling Jaya, pagi ini.
Jemputan ke majlis itu sudah dihantar syarikat pengurusannya kepada semua wakil media, kelmarin.
Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengumuman  bakal dibuatnya, Maya berkata, dia mahu pihak media hadir bagi mendengar sendiri.
Begitupun, ketika ditanya pengumuman itu ada kaitan dengan majlis perkahwinannya seperti heboh diperkatakan sekarang, Maya hanya ketawa dan tidak menafikannya.
“Saya tak boleh beritahu sekarang kerana tidak adil untuk wakil media lain. Saya mengharapkan agar Harian Metro boleh hadir sendiri pada majlis itu nanti esok (hari ini),” katanya.
Maya berharap peminat memahami keputusan bakal diambilnya.
“Saya mengharapkan peminat menyukai saya kerana bakat yang saya miliki,” katanya.
Bagaimanapun, keputusan bakal diambil Maya dilihat satu keputusan drastik berikutan kerjaya seninya kini sedang berada di puncak.
Apatah lagi dia sudah mengesahkan bakal terbabit  penggambaran beberapa filem terbaru dan pembikinan album solo kedua diterbitkan komposer terkenal Audi Mok.
Mengulas perkara berkenaan, Maya berkata, perkahwinan tidak akan menjadi penghalang untuk terus aktif dalam bidang seni.
Malah, dia akan terus melaksanakan projek yang sudah diterima sebelum ini.
Sebelum ini, Maya heboh diperkatakan berkenalan rapat dengan seorang lelaki bernama Steve dari Eropah dan bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di sini.
Hubungan mereka dikatakan berlanjutan hampir empat tahun sebelum disebut-sebut mahu mengakhiri perhubungan dengan ikatan perkahwinan  akhir bulan ini.
Bintang utama filem Pontianak Harum Sundal Malam itu turut didakwa memilih Itali sebagai lokasi majlis persandingan.
Heliza Bereksperimen
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
Rap
RAUT wajah jelita dengan mata galak menawan, ibarat satu ‘pakej’ lengkap buat bakat baru seperti Nur Heliza Helmi. Bintang kelahiran Akademi Fantasia 5 (AF5) itu dilihat memiliki harapan cerah untuk bergelar anak seni berjaya suatu hari nanti.
Bersandarkan rupa dan bakat, mana tahu duta Astro Oasis (saluran 106) ini akan cemerlang seiring dengan rakan seperjuangannya, Mila. Sekalipun, Mila sudah jauh mencipta nama di depan, Heliza pula lebih senang mengambil langkah mencuba.
Justeru, dia memberanikan diri menceburi bidang lakonan selepas pengacaraan. Namun, sudah rezekinya langkah pertama Heliza terus bermula di layar perak. Di bawah label MIG Production Sdn Bhd,  dia disunting berlakon filem Syurga Cinta.
Bukan calang-calang wataknya, Heliza sebagai heroin filem itu di samping heronya, Awal Ashaari, 26. Mengetengahkan genre keagamaan, gadis manis berusia 22 tahun ini mengakui hatinya begitu terpikat dengan watak Syuhadah dilakonkannya.
“Selain watak, sebenarnya memang saya sendiri yang mahu berlakon. Pada saya, lakonan juga bidang seni yang mempunyai cabaran besar dan perlu dicuba. Malah, saya gembira pembabitan ini mendapat sokongan daripada pelakon lain seperti Awal.
“Terus-terang, pada mulanya saya agak kekok juga ketika pembacaan skrip dibuat pada sekitar Mei lalu. Maklumlah, baru kali pertama. Tetapi, Awal banyak membantu dan mengajar cara berlakon. Namun, penghayatan watak amat penting.
“Apapun, saya sudah sedia terima kritikan. Asalkan, ada kaitan dengan bidang diceburi, apa salahnya. Sebagai orang baru, perkara ini biasa dan tidak boleh dielak sama seperti mula-mula saya menyanyi dulu,” katanya berbicara mengenai teguran.
Mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (major Biologi dan minor Kimia),  di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini berkata, dia sedar lakonan akan ada babak sentuhan antara lelaki dan wanita, namun Heliza dia tetap meletakkan syarat.
“Saya akan cuba elak adegan membabitkan berpegangan tangan atau apa saja yang tidak manis. Bahkan, saya pasti membincangkannya dengan pengarah, Ahmad Idham terlebih dulu. Bagi saya, perkara sebegini boleh diurus dan  diselesai dengan cara baik.
“Namun, saya tetap yakin babak yang tidak sesuai dengan imej diri takkan ada. Justeru, saya harap penonton dapat menerimanya. Setakat ini pun saya sudah menyanyi, pernah menjadi pengacara dan tiba masa pula beraksi di pentas lakonan,” katanya.
Gadis manis kelahiran Terengganu ini berkata, memandangkan dia sedang belajar, sesi penggambarannya dipercepatkan dalam tempoh 16 hingga 18 hari mengikut tempoh cuti itu.
Katanya,  niatnya hanya untuk mempelbagaikan bakat diri.
“Tidak semestinya, saya harus terikat dengan satu cabang seni saja. Saya kena buat eksperimen diri seperti sering dilakukan dalam bidang biologi dan kimia di kampus. Sebelum tahu keputusannya, saya wajar cuba mencari jawapannya dulu.
“Apa yang boleh dikatakan, saya bertuah kerana dapat peluang belajar dan bekerja dengan individu berpengalaman serta profesional. Jadi, peluang yang tidak mudah diperoleh ini akan saya gunakan sebaiknya demi masa depan dalam industri.
“Saya juga mahu berjaya seperti orang lain. Oleh itu, saya sedia sahut cabaran ini dan akan berusaha memastikan lakonan menjadi,” katanya yang popular dengan lagu Doa Dalam Lagu duet bersama Mawi. Nyata vokal Heliza tidak mengecewakan untuk lagu itu,
Menyentuh pula soal album, Heliza berkata buat masa ini, rezekinya belum ada ke arah itu. Cuma, katanya komposer berpengalaman, Aidit Alfian sudah mencipta lagu baru untuknya.
Namun, kata Heliza jadual belajar yang padat menyukarkan proses rakaman.
“Tidak tahu lagi bila saya akan merakamkan lagu itu. Segalanya bergantung pada kelapangan waktu yang saya ada. Apa yang boleh dikatakan, fokus saya memang pada pelajaran. Justeru, tidak semua tawaran nyanyian dapat dipenuhi,” katanya tenang.
Sekalipun belum setahun bergelar artis, Heliza pernah tersenarai dalam ‘Top 5′ calon berjaya kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) yang berlangsung Mac lalu. Heliza bersaing dengan Mila, Julia Ziegler, Fauziah Ghous dan Farah Asyikin.
Menang atau kalah adat bertanding. Tewas di tangan Mila di ABPBH2007 itu tidak bermakna Heliza kurang bagus. Ternyata, rezeki belum jadi miliknya. Bagaimanapun, Heliza gigih bekerja walaupun cita-cita sebenarnya mahu jadi pensyarah.
Profil
NAMA: Nur Heliza Helmi
PANGGILAN: Heliza
TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986
USIA: 22 tahun
ASAL: Kuala Terengganu
KERJAYA: Pelajar, penyanyi, pengacara dan pelakon
TINGGI: 155 sm
BERAT: 42kg
HOBI: Menyanyi dan membeli-belah
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Malaysia, Sabah
PENCAPAIAN: Tempat keempat AF5, duta Astro Oasis (saluran l06)
‘Kami Belajar Benda Baru Di Sini’
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Rap
SABAN minggu memperoleh imuniti hasil undian penonton, menyaksikan kumpulan Step terus bertahan dalam liga program realiti popular, Gang Starz 2 (GS2) terbitan  TV3 yang disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam.
Anehnya, kedudukan mereka sering terselamat daripada penyingkiran bukan kerana bakat nyanyian sebaliknya kemampuan dan kejujuran Step dalam membuat persembahan yang menghiburkan.
Kemunculan mereka dengan persembahan penuh drama dan warna dianggap ‘magis’ oleh peminat setia kumpulan berasal dari Thailand itu walaupun hakikatnya, tiada seorang pun daripada kumpulan itu boleh menyanyi.
Bagaimanapun, perjuangan Step berakhir minggu lalu apabila mereka diumumkan tersingkir di konsert minggu keenam GS2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Ini secara tidak langsung meranapkan impian mereka untuk memenangi hadiah lumayan $AS100,00 (RM330,000).
Meskipun berjaya memberi persembahan menghiburkan menerusi lagu No Problem nyanyian Assani Wassan yang berentak a go go, itu belum cukup untuk menyelamatkan kedudukan mereka.
Ternyata penyingkiran itu sesuatu yang memilukan buat Step yang dianggotai Auranush Keawrakon (Tonnun), 20, Supavee Tchapanyasin (Preaw), 17, Wirasut Buabao (Tatum), 21, Pongpan Kongkakul (Bear), 20 dan Suriya Oupanun (Pop), 19.
Tatum mewakili teman-temannya berkata, tentu sekali pengalaman menyertai GS2 sepanjang dua bulan berada di Malaysia akan menjadi suatu kenangan indah yang selamanya terpahat di hati mereka.
“Di sini kami banyak belajar benda baru. Daripada tidak pernah memegang mikrofon seumur hidup hinggalah sekarang belajar menyanyi dan mempelajari muzik. Semua itu pengalaman berharga buat kami.
“Kami gembira berada di sini. Tidak pernah rasa terasing kerana semua orang melayan kami dengan baik. Kami juga tidak menyangka rakyat Malaysia sudi menyokong kami hingga mampu bertahan setakat minggu keenam.
“Pada mulanya kami sangka tidak akan bertahan lama dalam pertandingan ini kerana sedar kami tidak boleh menyanyi. Malah kami juga sering berasa rendah diri apabila melihat kehebatan peserta lain. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Perkara ini sememangnya tidak pernah kami jangkakan.
“Walaupun tersingkir, kami tidak kecewa malah akan meneruskan karier kami di Thailand selain melanjutkan semula pengajian di kolej,” katanya.
Step yang diasaskan Tatum sempena menyertai uji bakat GS2 di Bangkok, Thailand pada awal tahun ini, menyangka GS2 adalah program realiti khusus untuk mencungkil bakat baru dalam bidang seni tari.
Mereka juga menjadi kumpulan kelima disingkirkan selepas PZG dari Thailand, Faith dan Brown Tone (Singapura) serta South Trio (Malaysia). Penyingkiran Step bermakna berakhirnya perjuangan peserta Thailand.
Mengulas penyingkiran Step, Ajai selaku juri tetap berpendapat, ia satu keputusan yang adil kerana jika di ukur dari segi bakat, jurang antara Step dengan peserta lain terlalu jauh.
“Sejak awal lagi Step memang bermasalah dari segi vokal walaupun diakui mereka berupaya menghasilkan persembahan menghiburkan. Pada saya, penyingkiran mereka memang wajar kerana mereka tidak boleh menyanyi.
Malah ada di antara mereka tidak kenal asas nota muzik dan masalah ini tidak patut ada dalam diri penyanyi.
“Jika mereka terus kekal, ia tidak adil kepada peserta lain yang jauh lebih bagus. Malah daripada terus menjadi bahan ketawa penonton, keputusan menyingkirkan mereka adalah tepat.
“Harus diingat, GS2 adalah pertandingan nyanyian berkumpulan dan vokal adalah keutamaan kami. Pun begitu, saya akui persembahan mereka menghiburkan sehingga berjaya menambat hati penonton,” katanya.
Katanya, biarpun GS2 memasuki minggu keenam prestasi peserta tidak konsisten dan graf persembahan turun naik setiap minggu.
“Kesilapan paling ketara dilakukan peserta sejak mula GS2 bersiaran sehinggalah konsert keenam ialah kegagalan peserta memilih lagu sesuai dengan vokal dan kemampuan mereka.
“Walaupun sudah masuk minggu keenam, masih ada peserta yang salah memilih lagu. Apabila perkara seperti ini berlaku, ia akan merosakkan persembahan. Penghayatan akan terjejas sekali gus mencacatkan persembahan secara keseluruhan.
“Contohnya kumpulan 3.5, lagu Sweet Child Of Mine yang dibawakan mereka adalah kesilapan besar apatah lagi menyanyikannya dalam nada suara lelaki sampai berkerut-kerut wajah mereka ketika menyanyikan lagu itu. Ada ketikanya suara mereka tidak mampu mencecah nota muzik.
“Peserta seharusnya lebih bijak memilih lagu yang bersesuaian dengan suara setiap anggota. Jika mereka menyanyi lagu yang tidak tepat untuk vokal mereka, penonton yang mendengarnya juga tidak akan ‘feel’ dengan persembahan mereka.
“Begitu juga apabila melakukan harmoni, ia perlu disertai dengan ‘feel’ bukan main hentam saja,” katanya.
Ajai turut mencabar One Nation Emcee membawakan lagu berentak perlahan pada konsert seterusnya kerana setiap minggu peminat seolah dapat menjangkakan persembahan mereka.
“Mereka perlu keluar dari zon selesa. Jika mereka terus-terusan menyanyikan lagu rancak, persembahan mereka akan kelihatan klise. Saya cabar mereka tampil dengan persembahan yang lebih versatil,” katanya.
Sambil menyifatkan persembahan kumpulan D’Reborn yang menyampaikan lagu I’ll Make Love/Aku Cinta Kau dan Dia sebagai yang terbaik, Ajai mengagumi kemampuan kumpulan dari Indonesia itu dalam mengadunkan vokal mereka dengan lagu yang dinyanyikan.
“Mereka juga pernah melakukan kesilapan apabila meletakkan suara penyanyinya di bahagian yang tidak sepatutnya. Tetapi saya lihat mereka belajar daripada kesilapan dan setiap minggu prestasi mereka makin lama makin meningkat.
“D’Raz juga punya teknik harmoni yang sangat bagus begitu juga 3 Voices yang menyerlah malam ini dengan membawa kelainan bermain muzik,” katanya.
Turut menjadi juri GS2 ialah Sheikh Haikal manakala Andy Flp Poppy sebagai juri undangan. Konsert minggu keenam diserikan lagi dengan kehadiran Adam menerusi lagu Robot.